Haiwan

Topik 2 Haiwan

2.1  Haiwan Mempunyai Keperluan Asas untuk Hidup
Keperluan Asas Haiwan

1.  Haiwan juga mempunyai keperluan asas.
2.  Keperluan asas haiwan ialah makanan, air, udara, dan tempat perlindungan.
3.  Makanan dan air membantu haiwan untuk membesar dan sentiasa sihat.
4.  Udara juga diperlukan oleh haiwan untuk terus hidup.
5.  Haiwan yang hidup di dalam air seperti ikan dan udang mendapat udara 
     melalui air.

Jenis Makanan Haiwan
1.  Haiwan yang berlainan makan makanan yang berlainan.

2.  Ada haiwan yang makan tumbuhan sahaja.
 
3.  Ada haiwan yang makan haiwan lain.

4.  Ada haiwan makan kedua-dua tumbuhan dan haiwan lain.



Tempat Tinggal Haiwan
1.  Haiwan tinggal di merata-rata tempat.
2.  Ada haiwan tinggal di dalam sarang, reban, lubang, pokok, kandang, gua, air, 
     di dalam tanah, dicelah batu, atau di celah kayu.


Kepentingan Haiwan kepada Hidupan lain
1.   Haiwan memberi banyak kepentingan kepada manusia.
2.   Antara fungsi haiwan kepada manusia ialah sebagai sumber makanan, 
      pakaian, pertanian, dan pengangkutan.
3.  Haiwan seperti ikan, ayam, sotong, ketam, dan udang boleh dimakan oleh 
     manusia.
4.  Kita juga memperoleh susu daripada lembu dan kambing untuk diminum.
5.  Telur juga didapati daripada haiwan seperti ayam dan itik.


6.  Kulit haiwan pula digunakan untuk membuat pakaian, kasut, dan beg.



7.  Pada zamam dahulu, haiwan digunakan sebagai alat pengangkutan.
8.  Tumbuhan pula memerlukan haiwan sebagai agen penyebaran biji benih.
9.  Haiwan makan buah-buahan dan membuang bijinya.  Hal ini membolehkan 
      tumbuhan disebarkan ke tempat lain.

2.2  Menghargai Pelbagai Haiwan di Sekeliling Kita
1.  Kita tidak boleh menganiaya haiwan.
2.  Kita perlu sentiasa menyayangi haiwan dan berbuat baik kepada haiwan.

2.3  Tumbesaran Haiwan
1.  Haiwan membiak.
2.  Haiwan membiak sama ada secara melahirkan anak atau bertelur.
3.  Contoh haiwan yang melahirkan anak ialah kucing, anjing, lembu, monyet, 
     kuda, dan tikus.
4.  Contoh haiwan yang bertelur ialah katak, penyu, ikan, buaya, ular, ikan, 
      rama-rama, dan ayam.

Melahirkan anak

 Bertelur
5.  Semua haiwan membesar.
6.  Saiz dan berat haiwan berubah semasa membesar.
7.  Haiwan menjadi lebih besar dan lebih berat semasa membesar.
8.  Rupa haiwan juga berubah semasa membesar.


Anak Haiwan
  1.  Kebanyakan anak haiwan menyerupai ibunya.
  2.  Haiwan-haiwan ini kelihatan amat serupa dengan ibunya.


  3.  Terdapat sesetengah anak haiwan yang tidak menyerupai ibunya.


  4.  Katak,nyamuk, dan rama-rama kelihatan tidak sama dengan anak-anaknya.
  5.  Haiwan-haiwan itu melalui beberapa peringkat semasa membesar.
  6.  Haiwan-haiwan itu berubah daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain 
       semasa membesar.

  7.  Beluncas menetas daripada telur.
  8.  Kemudian, beluncas bertukar menjadi pupa.
  9.  Akhirnya, pupa bertukar menjadi seekor rama-rama.
10.  Telur menetas menjadi berudu.  

11.  4 kaki akan terbentuk semasa berudu membesar.  Ekornya pula akan menjadi 
       semakin pendek semasa membesar.
12.  Akhirnya, berudu berubah menjadi katak yang mempunyai 4 kaki tetapi tiada 
       ekor.

2.4  Pergerakan Haiwan
1.  Haiwan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dalam pelbagai cara.
2.  Ada haiwan yang berjalan, terbang, merangkak, menjalar, mengengsot, 
     merayap, berlari, dan melompat.
3.  Haiwan bergerak untuk mencari makanan, minuman , pasangan, dan 
     melarikan diri daripada musuh.



Soalan  /   Home

5 comments:

  1. Blog cikgu mempunyai banyak info yang bermanfaat. Terima kasih kerana sudi berkongsi.

    ReplyDelete
  2. satu blog yang padat dengan maklumat yang berguna, ia tentu membawa manfaat yang besar kepada rakan guru yang mengajar sains nanti

    ReplyDelete
  3. banyak malumat yang dapat diperolehi saya tentang haiwan daripada blog cikgu, terima kasih dan syabas!

    ReplyDelete