Topik 1 Manusia
1.1 Manusia Mempunyai Keperluan Asas
untuk Hidup
Keperluan
Asas Manusia
1. Manusia mempunyai keperluan asas.
2. Keperluan asas manusia ialah makanan, air, udara, dan tempat perlindungan.
3. Manusia memerlukan makanan dan air untuk
membesar dan terus hidup
dengan sihat.
dengan sihat.
4. Apabila kita mendapat makanan dan air yang
cukup, kita boleh melakukan
aktiviti harian seperti berjalan, berlari, belajar dan bermain.
aktiviti harian seperti berjalan, berlari, belajar dan bermain.
5. Jika kita tidak makan dan minum dalam tempoh
masa yang lama, kita akan
lemah dan mati.
lemah dan mati.
6. Manusia memerlukan udara untuk bernafas.
7. Jika kita tidak mendapat udara, kita boleh
mati dalam tempoh yang singkat.
8. Manusia juga memerlukan rumah sebagai tempat perlindungan.
9. Rumah member perlindungan daripada
bahaya, sinaran matahari dan hujan.
Jenis
Makanan
1. Kita memerlukan makanan yang berbeza untuk
tujuan yang berlainan.
2. Ada makanan yang member kita tenaga seperti
nasi, roti dan ubi kentang.
3. Sesetengah makanan membantu kita membesar
seperti susu, daging, ikan,
ayam dan telur.
ayam dan telur.
4. Buah-buahan dan sayur-sayuran pula membantu
kita supaya sentiasa sihat.
Makanan
yang memberi tenaga
Roti nasi ubi kentang mi
Makanan yang membantu tumbesaran
ayam ikan telur
Makanan yang membantu menjaga kesihatan
sayur-sayuran buah-buahan
Kepentingan
Pelbagai Jenis Makanan
1. Kita
makan makanan yang berbeza.
2. Pelbagai jenis makanan akan memberikan
khasiat yang berbeza kepada kita.
3. Kita perlu makan makanan yang berbeza untuk
sarapan pagi, makan tengah
hari dan makan malam supaya sentiasa sihat.
hari dan makan malam supaya sentiasa sihat.
1.2 Menghargai Keperluan Asas yang Ada
1. Kita mesti makan makanan yang bersih supaya
sentiasa sihat.
Cara-cara untuk memastikan makanan kita
bersih
i) Makanan hendaklah ditutup supaya tidak dihinggapi lalat.
ii) Makanan dimasak dalam persekitaran yang bersih.
iii) Gunakan bahan masakan yang bersih dan segar
2. Udara yang bersih juga penting untuk
kesihatan kita.
3. Tempat
tinggal kita juga perlu bersih
supaya kita sentiasa sihat.
4. Kita juga perlu makan makanan yang berkhasiat
supaya sentiasa sihat.
1.3 Tumbesaran Manusia
1. Apabila kita membesar, saiz, ketinggan dan
berat badan kita akan berubah.
2. Kita menjadi semakin tinggi semasa kita
membesar.
3. Lengan dan kaki kita menjadi semakin panjang.
4. Berat badan kita juga akan bertambah apabila
kita membesar.
5. Apabila kita membesar, saiz badan kita juga
akan menjadi lebih besar.
Well done!
ReplyDeleteterima kasih atas pujian cikgu. saya akan berusaha lebih gigih lagi.
ReplyDeletemaklumat yang padat.
ReplyDeleteNota yang lengkap dan gambar yang cantik, terima kasih atas perkongsian cikgu.
ReplyDeletenota yang cukup jelas berserta dengan gambar. Memanfaatkan murid.
ReplyDeletebagus..teruskan usaha cikgu
ReplyDelete