1. Set binaan yang boleh didapati di pasaran terdiri daripada pelbagai jenis.
Biasanya set binaan ini dilengkapi dengan manual pemasangan.
2. Terdapat pelbagai jenis manual pemasangan. Antaranya manual pemasangan
hanya menggunakan grafik atau gambar dan manual pemasangan yang
disertakan dengan arahan bertulis. Untuk mamasang set binaan kita, perlu
merujuk pada manual pemasangan sebagai panduan.
3. Set binaan yang hendak dibina boleh dipilih seperti yang terdapat dalam
manual pemasangan. Antaranya model bangunan, kenderaan, haiwan dan
model yang kita sukai.
4. Pastikan jenis dan kuantiti komponen yang dipilih adalah betul dan mencukupi
sebelum melakukan langkah pemasangan.
5. Pasang komponen untuk membina model berpandukan langkah kerja yang
terdapat dalam manual pemasangan.
6. Murid membuat persembahan model yang telah siap dipasang.
Soalan / Home
Terima kasih atas perkongsian maklumat ini ! Anak lelaki saya yang berumur lapan tahun memang suka memasang model kenderaan yang ditunjukkan .
ReplyDeleteNota anda sangat berguna kepada anak murid saya kerana ia mudah difahami dan senang dibelajari. Terima kasih atas perkongsian anda ^_^
ReplyDeleteTerima kasih atas komen cikgu. Saya akan berusaha lebih gigih lagi.
ReplyDelete