Asas Teknologi

Asas Teknologi

1.  Set binaan yang boleh didapati di pasaran terdiri daripada pelbagai jenis. 
     Biasanya set binaan ini dilengkapi dengan manual pemasangan.

2. Terdapat pelbagai jenis manual pemasangan. Antaranya manual pemasangan 
     hanya menggunakan grafik atau gambar dan manual pemasangan yang 
    disertakan dengan arahan bertulis. Untuk mamasang set binaan kita, perlu 
    merujuk pada manual pemasangan sebagai panduan.



3. Set binaan yang hendak dibina boleh dipilih seperti yang terdapat dalam 
    manual pemasangan. Antaranya model bangunan, kenderaan, haiwan dan 
    model yang kita sukai.



4. Pastikan jenis dan kuantiti komponen yang dipilih adalah betul dan mencukupi
    sebelum melakukan langkah pemasangan.



5. Pasang komponen untuk membina model berpandukan langkah kerja yang 
     terdapat dalam manual pemasangan.



6. Murid membuat persembahan model yang telah siap dipasang.







Soalan  /   Home



3 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian maklumat ini ! Anak lelaki saya yang berumur lapan tahun memang suka memasang model kenderaan yang ditunjukkan .

    ReplyDelete
  2. Nota anda sangat berguna kepada anak murid saya kerana ia mudah difahami dan senang dibelajari. Terima kasih atas perkongsian anda ^_^

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas komen cikgu. Saya akan berusaha lebih gigih lagi.

    ReplyDelete